December 8, 2014

Nasihat Si Pengutip Sampah

Assalamualaikum


Kisah ini berlaku pada beberapa tahun yang lepas.Perkara ini berlaku kepada diri saya sendiri ketika hendak pulang ke asrama. Sekolah saya hanyalah sekolah menengah yang biasa sahaja bukanlah sekolah berasrama penuh.Kiranya boleh dipanggil sebagai asrama harian.Hakikatnya rumah saya tidak beberapa jauh dengan sekolah sebenarnya.Sekadar ingin mengambil pengalaman menjadi pelajar asrama sahaja.

Ingin dijadikan cerita, ketika itu saya baru sahaja ingin masuk ke asrama dan pada masa yang sama lori sampah pula ingin keluar dari kawasan asrama.Ketika itu, saya berselisih dengan mereka dan tiba-tiba ada seorang pakcik berkata sesuatu kepada saya.

"Adik belajar bersungguh-sungguh tau, walaupun pakcik kerja macam ini tetapi anak pakcik sekarang berada di Universiti"


Selepas itu, pakcik  itu pun beransur. Setelah mendengar nasihat tersebut, saya berasa amat kagum dengan nasihat yang diberi dan memberikan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Andai anak pengutip sampah pun boleh berjaya, kenapa tidak kita pub boleh berjaya.

Oleh itu, janganlah kita suka menilai orang daripada segi luaran atau daripada pelbagai aspek.Gunakan peluang dengan sebaik-baiknya untuk belajar bersungguh-sungguh.Tidak ada apa pada rupa sekiranya ilmu tidak ada.Kita hendaklah mendengar nasihat yang boleh mendatangkan kebaikan tanpa mengikut status ,pangkat atau kedudukan.

Carilah rezeki yang halal ,walaupun hanya berkerja sebagai pengutip sampah sekalipun.Pastinya akan mendapat berkat daripada Tuhan.Jika rezeki didapati daripada jalan yang haram pastinya akan membawa kecelakaan kelak.


  


March 22, 2014

Kegagalan Proses Kejayaan

Assalamualaikum
fatenmuhamad:

have faith in Allah =)
Dalam hidup kita pastinya ada banyak ujian dan dugaan .Ada yang berjaya dan ada juga gagal.Namun
tidak semestinya yang gagal akan terus gagal. BANGKIT DAN TERUS BERUSAHA.Dengan berdiam , satu masalah tidak akan selesai.Berdepanlah, jangan biar masalah mengejar kita,biarlah kita yang terkejar mencari solusi.

Oleh yang demikian,gunakanlah masa yang ada dengan sebaik.Walaupun hanya sesaat,manfaatkanlah masa untuk mencipta kejayaan kerana Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

TERUSKAN USAHAMU HINGGA BERJAYA!!!

Success is falling down nine times and getting up ten!

January 30, 2014

Amalan Nabi Muhammad

Assalamualaikum
Antara amalan yang dilakukan Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam
1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist r.a menuturkan, yang artinya, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya: “Rasulullah SAW lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.“ (Hadis riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan: “Pakaian yang paling disukai oleh Baginda SAW ialah pakaian Qamis).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda: “Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).” (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.” (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: “Ketika Rasulullah SAW minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.” (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.” (Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: “Rasulullah SAW mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).” (Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: “Tawa Nabi Muhammad SAW hanyalah senyuman.” (Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau/bercanda
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: “Betapa baiknya Nabi SAW menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’” (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)
.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: “Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah SAW menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.” (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah SAW melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda SAW menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)


Ayuh kita amalkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...