November 29, 2013

Nikmat Bernafas

Assalamualaikum

Setiap kali dengupan jantung, setiap itulah kita masih dikurniakan rezeki atau nikmat oleh Allah SWT . Nikmat yang amat bermakna dalam kehidupan ialah kita dapat bernafas dan menghirup udara yang berupa gas oksigen untuk terus hidup di bumi ini. 
  
Justeru itu, kita sebagai insan yang tidak punya apa yang istimewa dan hanya berteduh dibawah langit Allah ,serta berpijak ditanah milik Allah seharusnya bersyukur atas nikmat yang amat bernilai ini. 

JOM TENGOK ----->

October 12, 2013

Kejadian Manusia

Assalamualaikum









Betapa hebatnya kekuasaan Allah

August 18, 2013

WAJAH MAYAT BERTUKAR MENJADI HIMAR

Assalamualaikum

"Dalam terik panas mentari yang memancar menyinari tanah Baitul Haram, seorang ulama zuhud yang bernama Muhammad Abdullah al-Mubarak keluar dari rumahnya untuk menunaikan ibadah haji. Di sana dia leka melihat seorang pemuda yang asyik membaca selawat dalam keadaan ihram. Malah di Padang Arafah dan di Mina pemuda tersebut hanya membasahkan lidahnya dengan selawat ke atas Nabi. "Hai saudara," tegur Abdullah kepada pemuda tersebut. "Setiap tempat ada bacaannya tersendiri. Kenapa saudara tidak membanyakkan doa dan solat sedangkan itu yang lebih dituntut? Saya lihat saudara asyik membaca selawat saja."

"Saya ada alasan tersendiri," jawab pemuda itu. "Saya meninggalkan Khurasan, tanahair saya untuk menunaikan haji bersama ayah saya. Apabila kami sampai di Kufah, tiba-tiba ayah saya sakit kuat. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di hadapan saya sendiri. Dengan kain sarung yang ada, saya tutup mukanya. Malangnya, apabila saya membuka semula kain tersebut, rupa ayah saya telah bertukar menjadi himar. Saya malu. Bagaimana saya mahu memberitahu orang tentang kematian ayah saya sedangkan wajahnya begitu hodoh sekali?

"Saya terduduk di sisi mayat ayah saya dalam keadaan kebingungan. Akhirnya saya tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi itu saya melihat seorang pemuda yang tampan dan baik akhlaknya. Pemuda itu memakai tutup muka. Dia lantas membuka penutup mukanya apabila melihat saya dan berkata, "Mengapa kamu susah hati dengan apa yang telah berlaku?" "Maka saya menjawab, "Bagaimana saya tidak susah hati sedangkan dialah orang yang paling saya sayangi?"

"Pemuda itu pun mendekati ayah saya dan mengusap wajahnya sehingga ayah saya berubah wajahnya menjadi seperti sediakala. Saya segera mendekati ayah dan melihat ada cahaya dari wajahnya seperti bulan yang baru terbit pada malam bulan purnama. "Engkau siapa?" tanya saya kepada pemuda yang baik hati itu. "Saya yang terpilih (Muhammad)." "Saya lantas memegang jarinya dan berkata, "Wahai tuan, beritahulah saya, mengapa peristiwa ini boleh terjadi?" 




"Sebenarnya ayahmu seorang pemakan harta riba. Allah telah menetapkan agar orang yang memakan harta riba akan ditukar wajahnya menjadi himar di dunia dan di akhirat. Allah telah menjatuhkan hukuman itu di dunia dan tidak di akhirat. "Semasa hayatnya juga ayahmu seorang yang istiqamah mengamalkan selawat sebanyak seratus kali sebelum tidur. Maka ketika semua amalan umatku ditontonkan, malaikat telah memberi tahu keadaan ayahmu kepadaku. Aku telah memohon kepada Allah agar Dia mengizinkan aku memberi syafaat kepada ayahmu. Dan inilah aku datang untuk memulihkan semula keadaan ayahmu.""
       
Pengajarannya: Janganlah kita  memakan harta riba dan memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W



August 6, 2013

Ramadhan Akan Meninggalkan Kita

Assalamualaikum
Ramadhan pada tahun ini akan melaburkan tirai tidak lama lagi.Sedih dan pilu rasanya untuk meninggalkan bulan yang mulia ini.

Rasanya baru semalam kita mula bersahur, berpuasa , berterawih dan melakukan amalan yang lain yang dituntut kepada kita sebagai hamba Allah.

Semoga dengan baki -baki yang tinggal pada saat-saat akhir pada bulan ramadhan dapat kita guna sebaik mungkin untuk beribadah.Semoga kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun-tahun yang akan dapat.

July 6, 2013

Releksi Diri

Assalamuaikum
Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w, baginda menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah s.a.w menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas baginda mengulang juga jawapan yang sama.

June 23, 2013

Jerebu?

Assalamualaikum
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Antara sumber utama jerebu ialah kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan. Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.
Indeks Pencemaran Udara.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

MASALAH KESIHATAN

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
*Kanak-kanak
*Orang tua
*Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
*Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
*Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
*Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
*Iritasi di mata serta mata yang merah
*Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
*Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
*Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
*Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
*Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
*Selalu minum air
*Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan



Pakailah Topeng Muka Untuk Menjaga Kesihatan

June 5, 2013

May 28, 2013

Add Math !!!!!

Assalamualaikum
Hari ini , saya ingin berkongsi salah satu alternatif  bagaimana nak memahami addmath.
Saya lemah dalam subjek ini.Jadi saya carilah dekat Google moga2 terjumpalah cara untuk memahami subjek ini.Akhirnya terjumpa satu channel di Youtube .Senang untuk memahami.Cuba tengok andai membantu.
Link Channel tersebut----->

Antara Topik
Form 4
Chapter 1 - Functions
Basic Function:

Composite Function and Inverse Function (Intro):

Composite Function (Another Method):

Chapter 2 - Quadratic Equations
Quadratics Equations (Roots part):

Quadratics Equations (Roots Alfa and Beta):

Quadratics Equations (3 useful example):

Chapter 3 - Quadratic Functions
Completing the Square (Explanation Part):

Completing the Square (Pyq):

Past Year Questions for Paper 2:

Past Year Question - 2012:

Chapter 4 - Simultaneous Equations
Past Year Question - 2012:

Chapter 5 - Indices and Logarithms
Indices with Examples:

Past Year Questions for Paper 1 (Simple):

Past Year Questions (Harder):

Chapter 6 - Coordinatate Geometry
Past Year Question - 2012:

Chapter 7 - Statistics
Statistics (Fully cover):

Median Formula:

Useful Past Year Questions for Paper 1:


Chapter 8 - Circular Measure
Useful Examples (Part 1):

Useful Examples (Part 2):

Past Year Question - 2012:

Chapter 9 - Differentiation
Product and Quotient rule of differentiation:

Rate of Change of differentiation:

Past Year Question - 2012:

Past Year Question - 2012 (Simple):

Past Year Questions for Paper 1:

Past Year Question for Paper 2:

Chapter 10 - Solution of Triangles
Useful Past Year Questions for Paper 2:

Past Year Question - 2012:

Chapter 11 - Index Number
Index Number (Fully Cover):

Index Number (Part 1 for pyq):

Index Number (Part 2 for pyq):

Past Year Question - 2012:

Form 5

Chapter 1 - Progressions
Arithmetic Progression (Part 1):

Arithmetic Progression (Part 2):

Arithmetic Progression (Part 3):

Geometry Progression 1 (Intro):

Geometry Progression 2 (Sum to Infinity):

Geometry Progression 3 (2 useful pyq):

Geometry Progressions 4 (Hard):

Chapter 2 - Linear Law
Past Year Question for Paper 1:

Past Year Question - 2012

Chapter 3 - Integration
Basic Integration:

Getting Equation of the curve from Gradient:

Area and Volume (Explanation Part):

Past Year Question for Paper 2:

Chapter 4 - Vectors
Vector (Intro):

Past Year Question - 2012:

Chapter 5 - Trigonometric Functions
How to sketch the Sine Graph:

How to sketch the Tan Graph:

Trigonometric Functions (Indentified for pyq):

Question on the wall:
Past Year Question - 2012:

Chapter 6 - Permutations and Combinations
Permutations and Combinations (Explanation part):

Chapter 7 - Probability

Chapter 8 - Probability Distributions
Basic of Standard Normal Distribution (Part 2):

Probability Distribution (pyq):

Past Year Question - 2012:

Chapter 9 - Motion Along a Straight Line
Basic of motion along a straight line:

Useful past year questions (pyq):

Chapter 10 - Linear Programming
Linear Programming (Full Demo):

Past Year Question - 2012:







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...