December 28, 2012

Tiga Perkara Yang Membuatkan Kita

Assalamualaikum
jubayr:

Abu Suleiman said, “Whenever fear (of Allah) departs a heart, it is ruined.”
Ibraaheem ibn Sufyan said, “Whenever fear of Allah resides in hearts, it burns away the sources of lust and eradicates worldly attachments.”
Madaarij-as-Saalikeen

Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.
1-Kedekut.
2-Tewas kepada nafsu.
3-Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.
1-Adil dalam setiap tindakan.
2-Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3-Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.
1-Tunggu masuk waktu solat.
2-Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3-Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.
1-Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2-Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3-Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail)

December 25, 2012

Menuntut ilmu

Assalamualaikum
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam.”

(Ibnu Majah dan Lain-lainnya).


Berdasarkan hadis berikut, kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w diwajibkan menuntut ilmu.Cuti persekolahan pun akan tamat dalam beberapa hari sahaja dan persekolahan akan bermula.Jadi kita sebagai orang Islam hendak belajar bersungguh-sungguh dan tabah menghadapi cabaran yang mendatang.Imam Syafie pernah berkata ”Bila kamu tak tahan lelahnya belajar , maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan ”.Bahasa mudahnya sesiapa yang tidak sanggup menghadapi cabaran ketika menuntut ilmu, dia akan rugi.

Natijahnya, ayuh kita menuntut ilmu agar kita menjadi umat yang cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat.


December 23, 2012

Nasihat Imam Ghazali rahimahullah

Assalamualaikum

Chechnya, Republic of Russia
Nasihat Imam Ghazali rahimahullah.

Pintu-pintu syaitan masuk ke dlm hati:

1. Pintu marah dan syahwat.
2. Hasad dengki dan tamakkan keduniaan.
3. Kekenyangan makanan.
4. Kegemaran menghias diri dan rumahtangga.
5. Keinginan mengampu.
6. Gopoh dan tidak menyelidiki terlebih dahulu.
7. Harta dan wang ringgit.
8. Lokek dan takutkan kemiskinan.
9. Keterlaluan fanatik dan taksub kpd mazhab serta mendendam dan menghina.
10. Perbuatan memikir tentang zat dan sifat-sifat Allah dan perkara-perkara tanpa ilmu pengetahuan dan di luar akal  fikiran.
11. Sangkaan buruk sesama kaum muslimin.

December 20, 2012

Waspada Wanita Islam

Assalamualaikum
Akan muncul di akhir ummatku, wanita-wanita yang berpakaian namun pada hakikatnya bertelanjang. di atas kepala mereka terdapat sesuatu penaka punuk unta. mereka tidak akan memasuki syurga, dan tidak juga akan mencium aroma surga. padahal bau surga itu dapat dicium dari jarak sekian dan sekian. (HR Muslim)

*Berhati-hati wahai saudara Islamku semoga terhindar daripada golongan tersebut. Amin

December 12, 2012

Wordless Wednesday#3

Assalamualaikum
 
Musim Piala Aff Suzuki jangan leka tengok tv aje, solat dulu. 

December 10, 2012

3 Perkara Penyelamat dan Pembinasa

Assalamualaikum
Tidak sukar untuk beroleh rahmat tetapi tidak sukar juga untuk mendapat kehancuran. Semuanya bergantung pada diri sendiri dan sejauh mana kita melihat peranan kita sebagai makhluk dan hamba kepada Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah, berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Abu Syeikh)
Tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :
1. Sentiasa menjaga tingkah laku kerana Allah Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang dilakukan. Malah setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.
2. Berlaku adil, maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa wujud diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak, yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk saja, malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan.
3. Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana amalan ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal pada kemudian hari.
Selain itu, Rasulullah turut berpesan mengenai tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu :
1. Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
2. Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
3. Kagum dengan diri sendiri, ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadi seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain, menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.
Ketahuilah, setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya. Begitu juga dengan perkara yang baik, pasti ada kemuliaannya.

December 4, 2012

Darjat Pemberi Maaf

Assalamualaikum

“Sabda Nabi s.a.w : “Allah akan mengangkat darjat orang yang memberi maaf kepada orang lain.” (HR.Muslim)” 

Berdasar hadis berikut marilah kita memberi maaf kepada orang yang pernah buat salah kita.Antara salah satu sunnah nabi Muhammad S.A.W yang boleh kita ikut dan amalkan ialah maafkan semua orang dan doakan semua orang sebelum tidur.

Semoga kita terhindar daripada api neraka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...