March 18, 2012

Kisah Serigala Dengan Nabi Yaayub A.S

 
Assalamualaikum
Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa suatu hari saudara-saudara Nabi Yusuf A.S telah datang dengan membawa seekor serigala yang ditangkap oleh mereka dengan cara paksa lalu ditunjukkan kepada ayah mereka Nabi Yaayub dengan berkata: ''Waha ayah,inilah serigala yang telah memakan Yusuf.''

Apabila Nabi Yaakub mendengar penjelasan anak-anaknya itu maka dia pun bersendirian dengan serigala itu,Nabi Yaakub sembahyang dua rakaat dan kemudiannya beliau berkata kepada serigala yang di depannya itu:''Wahai serigala apakah benar kamu telah memakan anakku Yusuf yang menjadi kesayanganku?''

Setelah Nabi Yaakub berkata demikian maka Allah S.W.T pun mengizinkan serigala itu berkata-kata:
Wahai Nabi Yaakub,aku berlindung dengan Allah,ketahuilah olehmu bahawa sesungguhnya daging para nabi tidak akan dimakan oleh bumi,tidak akan dimakan oleh api dan tidak akan dimakan oleh binatang-binatang buas.Sebenarnya anak-anak kamu telah menangkap aku dengan kekerasan dan membawa aku kepadamu.

Mendengarkan kata-kata serigala itu maka tahulah Nabi Yaakub bahawa anak-anaknya itu telah berdusta padanya,kemudian Nabi Yaakub bertanya lagi:''Wahai serigala katakan kepadaku bagaimanakah kamu boleh jatuh ke tangan mereka? dan ke manakah tujuan kamu.''

Kata serigala:''Wahai Nabi Yaakub, sebenarnya saya ini dari daerah Jurjan dan sedang dalam perjalanan untuk bertemu saudara saya di Kan'an,kami bersaudara kerana Allah.''

Tanya Nabi Yaakub:''Wahai serigala mengapa kamu hendak mengunjunginya?''

Kata serigala:''Wahai Nabi Yaakub,ayahku telah mengatakan dari nenekku, dan nenekku dari nenekmu Nabi Ibrahim A.S beliau telah berkata ''Barang siapa mengunjungi saudaranya yang bersaudara kerana Allah,maka Alllah S.W.T mencatat baginya seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan,dan diangkat baginya seribu darjat serta akan diselamatkannya dari seksa pada hari kiamat dengan sebab kunjungannya kepada saudaranya.Dan Allah S.W.T akan mengumpulkan dia dan saudaranya itu di syurga seperti kumpulnya jari telunjuk dengan jari tengah.''


Kata serigala tu lagi :''Saya hendak mengunjungi saudara sesusuan saya kerana saya dengar berita tentang kematiannya dan saya berasa sungguh sedih.''

Kemudian Nabi Yaakub berkata:''Tulislah oleh kamu sekalian hadis dari serigala ini.''

KISAH INI DITERANGKAN DALAM SURAH YUSUF AYAT 13-18


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...