February 26, 2012

Tingkat follower Twitter dengan cepat

Assalamualaikum
Pada hari ini Zul nak kongsi salah satu cara tambah follower twitter dengan cepat dan berkesan.
Cara mudah dan cepat untuk tambah follower twitter dengan cepat ini tidak memerlukan sebarang bayaran seratus peratus percuma,menggunakan satu aplikasi daripada satu website iaitu Twiends.com

Caranya mudah saja,korang cuma perlu daftar akaun di Twiends,cara paling mudah untuk mendaftar adalah dengan menggunakan akaun Twitter anda,hanya klik "sign in with twitter".
Selepas daftar,anda dibenarkan untuk follow sesiapa sahaja bagi mendapatkan seed,dapatkan sebanyak mana seed yang korang boleh,semakin banyak seed,semakin ramai orang yang akan follow korang.

Jika ingin mendaftar--->http://twiends.com/

Follow my twitter---->


February 25, 2012

Jenis-jenis Syaitan




Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
... Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

Tekan SHARE untuk menyebarkan maklumat ini.

February 18, 2012

Logo baru Window 8

Assalamualaikum
Microsoft secara rasminya telah mengumumkan logo baru bagi Window 8.Bagi aku logo yang baru ini tak cantik langsung bukan nak kutuk ke ape tapi serius tak cantik .Kalau korang tak setuju dengan pendapat aku bolehlah komen.


 
Sape belum tengok review Window 8.Jom tengok

     


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...